Tuesday, March 9, 2010

..Ketam Masak Lemak Cili Api

..Hari ni dah pasang angan2 nak masak ketam masak lemak cili api (nak masak esok sebenarnya, tp da pasang angan2 hari ni..)..jadinya petang ni nak singgah pasar malam dekat2 area rumah, nak beli ketam..*dengan harapan ada ketam gemuk2..xnak yang kurus xda isi..rugi jer beli mahal2 nnti, tp makan x puas..hehe..kalau ikutkan rasa hati, baik beli kedai jer..sbb makan sorang dua..tp..memandangkan ada special request dr tunang tercomel, kena masaklah jugak..;)..kalau balik ipoh, mama selalu suruh masak, tp disebabkan mama dgn ayah da pro masak, so anak dia jd kaki makan jer, karang kalau masak, byk plak komen..hehe..(Baca : tunang sy x cerewet bab makan, so kalau x sedap pn x kisah kot..ahakss..janji perut kenyang..)..

..kerja sampingan kat ofis hari ni..berangan sambil tulis resipi...ni resipinya..bolehlah nak diguna pakai..


Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam


Bahan-bahan :
  • 3 ekor ketam sederhana besar
  • 1 - 2 cawan santan pekat
  • 15-30 biji cili api (kalau xnak pedas, boleh kurangkan)
  • Kunyit sebesar ibu jari
  • 1- 2 cm halia
  • 2 batang serai dititik
  • 2 keping asam keping
  • 4 putik jagung muda (kalau suka)
  • Daun kunyit (kalau suka untuk mewangikan, tp kalau xda pun xper)

Cara-cara

  1. Kunyit, cili api dan halia ditumbuk lumat(blender jer)
  2. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yg ditumbuk lumat ke dalam periuk.
  3. Panaskan sambil dikacau sehingga santan mendidih. Ini bagi mengelakkan santan berkepala.
  4. Masukkan ketam dan jagung muda. Biarkan seketika .
  5. Perasakan dengan garam dan gula sikit. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Siap....makan..yummy..
~..perut pun lapar..~


No comments:

Post a Comment