myspace layouts

Friday, December 5, 2008

Al-Fatihah Kepada Tok Tersayang..

Al-Fatihah kepada nenek saya Che Yah Binti Che Murad (Wan Hamidah Binti Wan Abdullah) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Disember 2008 jam 4.35 petang..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman.

Alhamdulillah..tok pergi dengan sangat tenang di sisi anak-anak serta cucu-cucu yang disayangi..dan sememangnya tok adalah dari kalangan org yang baik-baik..x pernah tinggal solat..hari-harinya dipenuhi dengan amal ibadat..semoga kekurangan yang terdapat pada amal ibadatnya ketika beliau sakit akan diterima Allah SWT..hari ni (Jumaat) bersamaan 5 Dec 2008, arwah tok selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Kandis, Kelantan. Perjalanan membawa jenazah daripada hospital Ipoh alhamdulillah ..telah dipermudahkan semuanya oleh Allah SWT..Segala urusan juga tiada halangan..sememangnya semuanya mudah bagi arwah..

pada saat ni rasa rindunya kat tok..tiada lagi orang yang akan memasak tuk cucu-cucu dia..memang setiap kali kami sekeluarga dtg rumah tok, tok akan masakkan semua masakan yang cucu-cucu suka..mm..really missed her so much..even dekat kubur td pun, kami sekeluarga berat tuk tinggalkan tok..i did remember apa yang che long ckp time tu..'Kesian kat tok, nnti tok dah sorang2..'..apa-apa pun, kami redha dengan pemergiannya..'Ya Allah Ya Tuhanku..Kau Ampunilah Segala dosa-dosa tok..Kau terangkanlah ruang kuburnya Ya Allah..Kau kurangkanlah seksaan kubur padanya Ya Allah..Kau terimalah segala amalan ibadat semasa hidupnya Ya Allah..Sesungguhnya Kaulah Maha Pengasih Lagi Pengampun..Semoga roh tok dicucuri rahmat..Amin...

p/s : Tok..zimah rindu tok..mmm..saper lagi nak buat karipap sedap mcm tok buat...mmm..tp zimah sangat bersyukur sebab dapat tunggu tok sehingga ke nafas terakhir tok..I REALLY LOVE U..WE WILL ALWAYS LOVE U..Insyaallah Surah Yasin akan sentiasa kami bacakan tuk tok..semoga tok aman di sana..Di sisi orang-orang yang soleh dan Di sisi-NYA..

No comments:

Post a Comment